top of page

CARA DAFTAR SYARIKAT SDN BHD DI MALAYSIA

Updated: 27 Sep 2023

Terdapat 2 cara untuk kita daftar syarikat sdn bhd di Malaysia. Cara pertama ialah, anda boleh mendaftar di SSM dengan pembayaran sebanyak RM1010, dan akan dapat sebuah syarikat. Tetapi dalam tempoh 30 hari anda perlu mencari setiausaha syarikat yang berdaftar. Cara yang kedua ialah, anda boleh terus mencari setiausaha syarikat ataupun COSEC, dan mereka akan buat dari A to Z. Anda tidak perlu lagi beratur di SSM, membuat temu janji untuk tubuhkan syarikat. Mudahkan?


Apa yang anda perlu untuk tubuhkan syarikat sdn bhd ni?

1. Sediakan maklumat pengarah (seorang pengarah pun dah boleh buka syarikat mengikut Akta 2016)

2. Pemegang saham

  • Pengarah dan pemegang saham boleh orang yang sama dan boleh juga individu yang berbeza.

  • Minimum nilai saham adalah RM1

3. Carian nama syarikat dan beserta maksud

  • Dengan AMS, kami meminta anda mencari 3 nama beserta maksud dan kami akan membuat carian di SSM sama ada nama itu boleh digunakan ataupun tidak.

4. Jenis perniagaan utama

  • 3 jenis perniagaan kenapa anda ingin tubuhkan syarikat ini

5. Maklumat syarikat

  • Alamat berdaftar (alamat COSEC atau alamat perniagaan anda)

  • Alamat perniagaan

  • No telefon

  • Email

Jadi, susah ke mudah nak tubuhkan syarikat sdn bhd? Kalau nak lagi mudah, anda boleh hubungi kami, Anwar Management Services untuk bantu anda tubuhkan sebuah syarikat Sdn Bhd. Klik sini untuk Whatsapp kami.

12 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page