top of page

Borang P untuk Perniagaan Perkongsian

Perkongsian merupakan satu organisasi yang dibentuk secara gabungan oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang hingga dua puluh (20) orang pekongsi yang bekerjasama untuk menguruskan dan mengembangkan sesebuah perniagaan.

Memandangkan perkongsian mempunyai lebih daripada seorang pengendali perniagaan, maka pekongsi utama untuk perkongsian tersebut bertanggungjawab untuk mengisi Borang P serta mengeluarkan Borang CP30 kepada setiap ahli kongsi di dalam perkongsian.

Borang CP30 adalah borang Pembahagian Pendapatan Perkongsian untuk membolehkan mereka mengisytiharkan pendapatan perkongsian mereka dalam Borang B. Borang ini perlu diisi oleh kesemua pekongsi dalam sesebuah perniagaan tersebut.


Tarikh hantar borang dan pembayaran cukai


Tempoh masa yang diberikan oleh LHDNM untuk Perkongsian menghantar borang cukai pendapatan adalah bermula daripada 1 Mac sehingga 30 Jun.


Menurut LHDN, sekiranya Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak dikembalikan, di bawah peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967, denda yang akan dikenakan adalah sebanyak RM200.00 hingga RM20,000.00 / Penjara tidak melebihi enam (6) bulan / Kedua-duanya.


Sekiranya cukai pendapatan dibayar lewat daripada 30 Jun, 10% kenaikan akan dikenakan daripada cukai yang perlu dibayar.


Rujuk di sini untuk senarai kesalahan, denda dan penalti berkenaan cukai pendapatan oleh LHDN.



0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page