top of page

ASAS PENGISYTIHARAN CUKAI PENDAPATAN

Updated: 27 Sep 2023


Musim cukai ini fahaman mudahnya adalah ketika di mana cukai tahunan yang dikenakan oleh kerajaan kepada individu yang menjana pendapatan di Malaysia, dan perlu diisytiharkan pada setiap tahun, dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)


Sepanjang tempoh ini, antara perkataan yang perlu difahamkan untuk memudahkan proses pengisytiharan cukai pendapatan ini adalah seperti berikut;

  • Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) – Borang pengisytiharan cukai yang perlu diisi mengikut kategori masing-masing.

  • Borang B/ e-B – Borang untuk Individu pemastautin yang menjalankan perniagaan.

  • Borang BE/ e-BE – Borang untuk Individu pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan.

  • Borang P/ e-P – Borang untuk perkongsian.

  • E-filling 2023 – Tahun cukai 2023, mentaksir cukai pendapatan tahun sebelumnya (2022).

  • Tahun taksiran 2022 – Cukai pendapatan yang ditaksirkan, di mana semua dokumen dan penyata kewangan yang diperlukan adalah pada tahun 2022.




Borang B (e-B)

Borang B adalah borang yang dikhususkan untuk diisi oleh pemastautin tetap yang menjalankan perniagaan pada tahun yang ditaksir. Antara dokumen yang perlu disediakan sebelum mengisi e-filling adalah;

  1. SSM

  2. Rekod Jualan (Sales Record)

  3. Resit belanja & Resit Belian

  4. Penyata perbankan (Bank Statement)

Sebelum boleh sesebuah perniagaan itu mengisytiharkan cukai perniagaan, perkara ini perlu ada dan diselesaikan terlebih dahulu;

  1. Nombor cukai

  2. Daftar e-filing

  3. Penyata Kewangan Perniagaan

  4. Resit-resit pelepasan


Tarikh

Pembayar cukai Borang B mempunyai tempoh masa daripada 1 Mac sehingga 30 Jun untuk menghantar BNCP tersebut. Walau bagaimanapun, mengikut notis di laman sesawang LHDN, bagi yang menghantar BNCP secara e-filing, tarikh akhirnya adalah pada 15 Julai 2023, melalui laman web ezHasil. Bayaran cukai juga perlu diselesaikan dalam tempoh yang diberikan atau selewatnya pada tarikh akhir mengisi e-filing pada tahun tersebut.


Sekiranya berlaku sebarang kelewatan dalam membayar cukai pendapatan, menurut Seksyen 103 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967, 10% kenaikan akan dikenakan daripada jumlah cukai yang perlu dibayar.


Perniagaan Digital

Pengisytiharan cukai tidak terhad kepada perniagaan yang menjalankan perniagaan secara fizikal sahaja. Malah, perniagaan yang dijalankan secara digital juga kini perlu mengisytiharkan cukai pendapatan di Malaysia berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967. Menurut LHDN, Perniagaan Digital menjalankan perniagaan melalui teknologi digital, termasuklah semua transaksi perniagaan, promosi dan pengiklanan, penghantaran barangan dan perkhidmatan.

Dokumen yang diperlukan untuk perniagaan digital:

  1. Penyata dari payment gateway (Paypal, ipay88, MOL, dan lain-lain)

  2. Perbelanjaan domestic dan persendirian

  3. Penyata bank/ penyata kewangan lain

  4. Penyata pendapatan daripada syarikat pengiklanan dalam talian (seperti Nuffnang, Google Adsense, dan lain-lain)

  5. Invois jualan dan rekod belian

  6. Pengesahan jualan dan belian melalui e-mel, dan lain-lain

  7. Dokumen perjanjian

  8. Resti asal bagi setiap pelepasan/ belanja yang dituntut dan lain-lain


Perkara yang sering menjadi salah faham oleh peniaga

  1. Setelah mendaftarkan perniagaan dengan LHDN, peniaga bertanggungjawab untuk melaporkan pendapatan sahaja, dan belum tentu cukai perlu dibayar. Bayaran cukai akan ditetapkan berdasarkan pengiraan cukai, dan sekiranya didapati jumlah pendapatan perniagaan tersebut mempunyai baki cukai perlu dibayar, maka baru lah perniagaan tersebut perlu membayar cukai pendapatan tersebut.

  2. Walaupun perniagaan mengalami kerugian, perniagaan tersebut tetap perlu mmenghantar borang B kepada LHDN.

10 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page