top of page

LHDN Dibenarkan untuk Akses Maklumat Akaun Bank Tanpa Kebenaran Pemilik.


Baru-baru ini, kecoh media sosial mengenai isu LHDN sudah boleh akses maklumat akaun bank tanpa pengetahuan pemegang akaun.


Menurut laporan daripada Sin Chew Daily, terdapat pindaan terbaharu terhadap Seksyen 106A Akta Cukai Pendapatan diluluskan di Parlimen yang membenarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk berbuat demikian. Kebenaran dari pihak pemilik akaun bank atau pembayar cukai juga tidak diperlukan oleh LHDN bagi mendapatkan akses kepada maklumat akaun bank. Ianya adalah berdasarkan kepada pindaan terkini Seksyen 106A, Akta Cukai Pendapatan.




Melalui perubahan ini, pihak LHDN tidak lagi perlu untuk memaklumkan kepada pembayar cukai jika mereka ingin melakukan sebarang akses terhadap akaun bank pembayar cukai. Bank tidak dibenarkan mendedahkan kepada sesiapa bahawa permintaan sedemikian telah dibuat. Bank yang enggan mematuhi permintaan yang ditetapkan atau sekiranya mereka mendedahkan permintaan tersebut, mereka boleh didenda antara RM200 dan RM20,000, atau penjara maksimum enam bulan, atau kedua-duanya sekali.


Untuk makluman, sebelum pindaan akta ini dilakukan, kebenaran dari pihak pemilik akaun bank perlu diperoleh sebelum LHDN memulakan sebarang siasatan.


Jadi buat anda yang masih belum declare cukai, sekaranglah masa yang sesuai untuk declare cukai. Dengan mengambil langkah mengisyitharkan cukai, anda tidak semestinya perlu membayar cukai. Hubungi kami, Anwar Management Services untuk kami bantu anda declare cukai atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang percukaian dan perakaunan.


18 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

תגובות


bottom of page